Temubual SV : JD dengan ‘Direct Access’nya

Mengenali JD

Saya mengenali JD, semestinya dari band tersohornya, Pop Shuvit.

Tapi perkenalan peribadi adalah pada sekitar 2007, dimana ketika itu saya sedang menyiap single band saya, iaitu TuLanG, dengan lagu berjudul ‘Syahid’.

Baru menyiapkan rakaman di studio lejen, Kings Studio, Petaling Jaya. Pakej rakaman itu siap dengan adunan (mixing) sekali.

Tapi kami bertiga (saya, Ken dan Jaja) tidak berpuas hati dagan adunan tersebut, kerana ia berselerakan rock kapak 90-on.

Lalu Jaja mencadangkan JD, dimana hasil produksinya, ‘Itu Kamu’ oleh Estranged sedang meletup ketita itu (malah memenangi Anugerah Juara Lagu 2008).

Kami merasakan adunannya lebih ‘edgy’ (terkini), kemas dan moden.

Jaja, yang ketika aktif di forum Jamtank, memberitahu ia adalah hasil kerja salah seorang moderatornya, iaitu pemilik Studio 2105, JD Wong.

Ketika itu, tidak terlintas pun bahawa beliau adalah orang yang sama dengan gitaris Pop Shuvit!

Mungkin nama sama tapi orang yang berbeza!

Terperanjat juga bila bersemuka buat kali pertama. La mamat Pop Shuvit rupanya!

Projek Bersama

Sejak dari situ, bermula dengan band TuLanG, sehinggalah projek Sajakiri, JD banyak membantu saya terutama proses adunan (mixing), serta nasihat dan panduan terutamanya dalam bidang produksi rakaman.

Ternyata JD adalah seorang yang sangat passionate dalan bidang produksi rakaman.

Malah beliau juga pernah memenangi Anugerah Industri Muzik 2008 untuk artis ini, Liang dengan album After 8.

Direct Access

Kini setelah berbelas tahun bertahan dalam industri muzik, sampailah masanya untuk beliau berkongsi pengalaman dan mengadakan bengkel produksi muziknya yang diberi nama “DIRECT ACCESS”.

Jadi atas dasar inilah temubual ini diadakan ; untuk memahami tujuan dan sistem pembelajarannya.

Pertama kali diadakan pada 17 November 2018, ia berkonsepkan belajar secara praktikal, dengan merakamkan band sebenar.

Bermakna, pelajar seolah-olah menjadi pembantu rakaman JD ; bermula dengan rakaman dram, gitar boss, kibod, gitar dan seterusnya vokal.

Band in dipilih sendiri oleh JD, berdasarkan lagu dan kekemasan permainan instrumen mereka.

Jadi kesemua ini menjadi satu proses kompleks dan rumit. Oleh kerana ini, kelas akan dibahagikan kepada 6 sesi, iaitu 6 kali Sabtu, dari pukul 9 pagi ke 6 petang.

6 jam × 6 sesi = 45 jam!

Beraprakah harga semua ini?

Untak Direct Access pertama kali ini, JD hanya caj RM 1,800.

Jadi, RM 1,800 ÷ 45 jam = RM 40 sejam!

Bayangkan anda belajar dengan salah seorang jurutera terbaik di negara, bermula dari asas sehinggalah ke proses adunan. Setakat ini, ini adalah satu-satu kursus jangka pendek dan menyeluruh diadakan di negara ini.

Lalu atas dasar mahu membantu sahabat saya ini, saya datang ke studionya dan membuat temubual ekslusif ini.

Diantara inipati temubual ini, saya bertanyakan tujuan dan untuk siapa Direct Access ini.

Antara ringkasan jawapannya :

i­) Mengapa membuat ke1as “Direct Access” ini?
­Bertujuan untuk menaiktaraf kualiti studio ­rumah (home studio) supaya memudahkan kerja semua pihak. Ini kerana JD mendapat banyak tugasan mengadun ­(mixing).Tapi o1eh kerana kualiti rakaman yang agak teruk, mereka terpaksa buat rakaman ­semula (di studio JD) dan sekaligus menambah kos produksi lagu.

ii) Untuk siapakah “Direct Access” ini?
­Untuk mereka yang berminat mendalami ilmu ­rakaman dan produksi muzik.Tidak kira ­sudah mahir atau tidak.

Jadi apa lagi kami perbualkan? ­Mari dengarkan di sini.

JD menceritakan tentang kelas produksi rakaman terbarunya “Direct Access”.

0:01 : Tell us about yourself.
0:22 : Tell us about “Direct Access”.
6:00 : Who should attend the “Direct Access”?
7:22 : How will the “Direct Access” evolve?
11:38 : Will u be teaching business aspect of it?
15:33 : Do you encourage them to make money (out of it)?
17:36 : Advise for new studio owner.
26:36 : Any YouTube Channel you recommend?

 

  
      

PERCUMA!