Temubual SV : Syahir Miswan dari Longan Garage Studio

Temubual SV muncul kembali!

Setelah 5 tahun terhenti, kini kami mewujudkan kembali Temubual SV (dulu bernama Temuramah / Interviu SV).

Kali terakhir ia dijalankan adalah pada Ogos 2013, bersama komposer tersohor Azlan Abu Hassan.

Kami ada menemuramah: Rafikoncept, Zulkif Headwind, Karl Cromok, JD Pop Shuvit serta Rosli Ahmad.

Ketika itu saya mencari pemuzik / konposer yang saya minati. Insyaallah selepas ini saya akan menemubual penyanyi pula (dah nama Sajakiri Vokal kan).

Apa yang berbeza kali ini juga, kami menaiktaraf formatnya dari sekadar audio, ke yideo dan audio berkualitinggi.

Kali ini saya bermula dengan rakan seperjuangan SV, iaitu Syahir dari Longan Studio.

Saya mengenali Syahir 5 tahun lalu, hasil intro daripada Abang Rosli Ahmad, sebagai seorang pemain gitar sesionis.

Setelah mengenalinya dengan lebih dalam, Syahir juga terlibat dalam VoxScape serta Malaysian Youtubers  sebagai penyelaras.

Kini Syahir fokus sepenuh masanya pada servis produksi muzik di studio miliknya, Longan Garage di Cheras.

Pemasaran Alaf Baru

Servis produksi muzik: rakaman, susunan muzik, adunan dan mastering bukanlah servis baru. Malahan sejak 20 tahun ini, banyak alatan serta perkakasan muzik adalah mampu milik menjadikan banyak studio rumah serta studio kecil tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Ini menjadikan banyak studio besar gulung tikar, atau terpaksa diturun-taraf, supaya relevan bersaing dengan studio kecil ini.

Jadi persoalannya sekarang: bagaimana studio kecil ini pula untuk kekal relevan? Apakah strategi mereka untuk terus bersaing untuk hidup?

Jadi isu survival inilah yang menjadi inipati temubual ini. Syahir akan kongsikan bagaimana caranya untuk terus malar dalam industri rakaman ini.

Secara amnya, strategi yang digunakan oleh Syahir ini bukanlah bukan sesuatu yang baru. ia telah digunakan dengan meluas di Amerika syarikat, tapi masih kurang di sini.

Jadi jika anda pemilik studio kecil, ingin mengembang­kan bisnes, marilah dengar dan lihat perkongsian Syahir. Saya percaya anda akan dapat manfaatnya!

Video di atas!

  

      

PERCUMA!