Teruskan Berkarya….

Sempena kegawatan yang tercetus oleh pandemik Coronavirus ini, banyak aktiviti, terutama aktiviti di luar rumah akan terjejas. Mudah untuk berasa putus asa dengan hidup jika hidup tidak bersenam, tidak berjumpa kawan, tidak membuat persembahan, atau apa saja.

Sebagai seniman, jika anda berasakan anda ini benar seniman, anda harus terus berkarya, melakukan seni di dalam rumah, walau apapun terjadi di luar sana.

Berseni tidak perlu terlalu lama ; cukup 30 minit (katakan) berkarya dalam sehari.

Yang penting anda tidak ‘putus hari’ dalam berkarya.

Keupayaan anda berseni dalam situasi ini yang membezakan anda dengan seniman amatur di luar sana.

Strategi Jerry Seinfield

Jerry merupakan pelawak terkenal antarabangsa, digelar “100 Pelawak Terbaik Sepanjang Masa”, mengamalkan displin ‘strategi rantai’ (chain strategy).

Apa itu Strategi Rantai?

Artikel ini diambil dari laman ini : James Clear : https://jamesclear.com/stop-procrastinating-seinfeld-strategy 

Ketika Brad Isaac baru memulakan karier sebagai pelawak, dia bertemu Jerry Seinfield di kelab malam, baru selesai persembahan. Lalu Brad mengambil kesempatan ini untuk menanyakan Jerry apakan tips untuk pelawak muda seperti dirinya.

Berikut adalah jawapan Jerry :

Beliau berkata cara untuk menjadi pelawak yang lebih baik adalah untuk menulis idea lawak SETIAP HARI.

Beliau memberi cadangan agar mendapatkan kalender dinding dan menggantungnya di tempat yang mudah dilihat setiap hari. Seterusnya, dapat pen ‘marker’ merah, dam TANDAKAN jika anda ada menulis pada hari itu.

“Selepas beberapa hari, anda akan mempunyai rantaian. Teruskan buat kerja secara konsisten, dan rantai akan berkembang lebih panjang setiap hari. Anda akan dapat melihat rantaian itu, terutamanya selepas beberapa minggu. Tugas anda adalah untuk tidak memecahkan rantai.

Anda akan perasan bahawa Seinfeld tidak mengatakan satu pun mengenai ‘hasil’.

Ia tidak penting jika dia bermotivasi atau tidak. Ia tidak penting jika dia menulis sesuatu yang lucu atau tidak. Ia tidak kira jika apa yang dia dituliskan akan dijadikan persembahan atau tidak. Apa yang penting adalah “tidak melanggar rantai.”

Dan itulah salah satu rahsia ringkas di belakang produktiviti dan konsistensi Seinfeld yang luar biasa. Selama bertahun-tahun, pelawak itu hanya berfokus pada “tidak memecah rantai.”

Jadi apa yang anda belajar dari ini?

Adakah punyai displin harian dalam berkarya?

  
      

MARI SERTAI!