10 Tips Menghilangkan Rasa Gemuruh (Ketika Membuat Persembahan)

1. Jangan Pandang Penonton

Jangan terlalu pandang pada penonton dan juri ketika diatas pentas. Cuba kawal emosi dengan menjiwai lagu yang kita mahu sampaikan. Nyanyikan dengan sepenuh perasaan, ibarat kita didalam lagu itu. Yeah..?? – Kamal Hairy (Papa Koko).

2. Fokus

Fokus pada nyanyian dan jiwai lirik. – Olly

3. Postur Badan

Postur badan mesti dalam keaadaan baik. Berdiri tegak, dan kawalan pernafasan mesti baik. – Anastasia

4. Berlatih Depan Cermin

Persediaan awal dan keyakinan kita dalam menyampaikan lagu mesti sampai ke pendengar, nyanyi depan cermin, lihat gaya dan dan penyampaian lagu. Kadang-kadang kita tak tau reaksi kita sesuai atau tidak. – Faizul

5. Senyum Dan Rileks

Membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan persembahan. Jangan gelabah ataupun gemuruh. Kena cuba meyakinkan diri apabila berada di atas pentas. Sentiasa senyum dan rileks. – Cici

6. Kawal Pernafasan

Bernafas dengan betul. Jangan fikir yang kita berada diatas pentas. Bayangkan kita berada ditempat yang kita rasakan selesa..? – Mama Nana

7. Niat Biar Betul

Niat dan nawaitu kita kenapa kita berada di pentas untuk menyanyi. Bila kita fikirkan masa untuk naik pentas, insyallah automatik kita akan menyampaikan lagu tanpa gemuruh – Faizul

8. Latihan Setiap Hari

Latihlah diri sendiri untuk menjadi seorg yang suka menyanyi dan menghiburkan hati orang lain. Itulah kekuatan yang mampu melenyapkan gemuruh. Latih pada hari-hari biasa anda, bukan sahaja diatas pentas, maka hasilnya pasti bersahaja dan berkeyakinan. – RY

9. Jangan Meniru

Penyampaian vokal mesti jelas dan nyanyi dengan gaya dan cara sendiri, meniru perwatakan penyanyi asal sesebuah lagu akan menggagalkan kita dalam persembahan. Sebaiknya bersikap original dan natural dalam persembahan. – Rifqi

10. Tenang

Anda perlu berada dalam keadaan tenang kerana ini cara yang sesuai untuk minda anda respon . Anggapkan rasa gemuruh sebagai ‘kawan’ dan bukannya lawan anda. Dengan cara ini anda akan dapat mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah. – Nash

Kursus Cadangan :

 
 

Sila Pilih : 

  

      

PERCUMA!