Wings dan Modes

Saya sangat meminati Wings ketika awal remaja dahulu. Terutama zaman Awie-Joe-Eddie-Black/Jojet. Dari album Belenggu Irama, Hukum Karma, Jerangkung Dalam Almari dan Bazooka Penaka. Kesemu lagu-lagunya saya hafal dan saya dengar shingga lunyai tali kasetnya.

Semestinya, ia menginspirasikan saya untuk belajar main gitar, ketika saya berusia 12 tahun. Lagu pertama saya pelajari adalah plucking intro lagu Misteri Mimpi Syakila, dan solo intro lagu Sejati. Di ajar oleh abang saudara saya, Syam Meso.

Kebetulan juga saya bermain kidal, jadi Joe Wings merupakan idola saya. Selain gayanya, permainan di fret jarinya juga menjadi rujukan saya.

 

Modes

Ketika belajar kord gitar semasa mula-mula dahulu, saya kurang mengerti kenapa kord-kord begitu banyak dalam buku gitar, tapi hanya sebahagian atau sefamili saja kord yang dimainkan dalam sesebuah lagu.

Sebagai contoh, ketika saya memainkan lagu Intan Ku Kesepian, saya mainkan dalam key E minor (sekarang baru saya tau key asalnya adalah D minor), kord nya hanya berkisar di sini ;

Em – Am – D – G – B – C

Sedangkan jika saya memainkan lagu Misteri Mimpi Syakila dan Sejati, dimana kedua-dua lagu key nya adalah D minor, kord nya berkisar di sini pula ;

Dm – Gm – Am/A – C – Bb – F

Lain kan famlinya?

 

Organ

Selepas saya mendalami permainan organ/keybord, barulah saya mengerti ; setiap key yang berbeza akan menghasilkan skel yang berbeza sekaligus membawa kepada famili kord yang berbeza!

Walaupun ini asas, tapi mengenangkan saya ini ‘self-taught’, ini adalah penemuan besar bagi saya!

 

Lead

Selepas memahami modes, barulah saya mempelajari skel di fret gitar. Ketika ini saya berusia 14 tahun, dan mula menubuhkan band sendiri,Foreo. Dimana saya bermain gitar lead.

Setelah skel Am/C, Em/G dan Dm/F saya hafal, saya harus mengembangkan lagi ke skel lain pula.

 

Bazooka Penaka

Ini adalah album favorit saya secara peribadi. Saya mempelajari skel baru, kali ini lebih ‘mencabar’ kerana banyak notes ‘hitam’.

AMaj/F#m : Bernafas Dalam Lumpur

D#/Cm : Suara Kita

 

Inspirasi saya untuk bermula bermain gitar

Abah saya rekod persembahan ini, dan saya tonton berulang kali video rakaman ini (sehingga lunyai juga), beberapa ketika sebelum saya mula bermain gitar.

 

Terimakasih, Wings.

  
      

MARI SERTAI!