Rukun Berkarya (untuk saya)
Kini saya tiada lagi keperluan untuk menghasilkan karya baru, sama ada untuk peminat (tiada peminat), untuk ujibakat (sudah hentikan 4 tahun lalu), ataupun untuk mencari pendapatan (sudah ada bisnes lain).
Kiranya tiada apa-apa obligasi untuk berkarya.
Rukun Berkarya
Walaubagaimanapun, saya suka berkarya, walau tanpa tujuan (dulu, kini dan selamanya).
Berkarya umpama senaman minda ; tanpanya, semangat saya mudah lesu.
Jadi oleh itu, saya ingin mencipta rukun berkarya saya sendiri, iaitu :
buat rilisan (single) rasmi pada setiap 6 haribulan untuk bulan Mac, Jun, September dan Disember SETIAP TAHUN.
Bermakna, 4 rilisan setiap tahun bermula 6 September 2024.
Nota : 6 September adalah tarikh kelahiran saya.
Perbincangan Lanjut
1 – Mengapa mahu lakukan ini ?
Sepertimana diterangkan di atas, untuk kewarasan mental saya.
Tapi kenapa saya boleh lakukan kerana karya saya cukup banyak (80 buah lagu), serta saya tetap boleh mencipta karya baru begitu saja.
2 -Mengapa 3 bulan ?
Semestinya, saya perlukan masa untuk menyiapkannya.
3 – Bagaimana jika saya gagal menyiapkannya ?
Takde apa-apa pun akan terjadi. Ini sekadar janji pada diri sendiri sahaja.
Kesimpulan
Sebenarnya saya berhajat untuk buat konten blog, video, temubual, tutorial dan sebagainya.
Tapi tanpa berkarya meriliskan muzik – apa gunanya ?
Menghasilkan muzik adalah tiang kepada semua aktiviti
yang lain.
Sila baca poin di atas sekali lagi .