Abah aku membelikan gitar akustik pertama pada tahun 1991 – ketika aku berusia 12 tahun. Abah membelikan gitar berjenama ‘Fair Lady’, berharga RM 120 di pusat membeli belah Ampang Park (kini telah diruntuhkan). Seingat aku, aku pernah (ataupun sering?) bermimpi bermain gitar. Malahan aku pernah ada sebatang kayu (daripada katil kayu), aku lukiskan tali, dan… Continue reading
Author Archives → Zainal Zulia
Bagaimana Anda Mula Mencipta Lagu?
Sejak berusia 12 tahun, aku sudah kepingin main gitar. Tak tahu mengapa, mungkin kerana naluri remaja sudah tiba (ketika itu asyik dengan permainan gitar Joe Wings, yang juga kidal sama seperti aku). Aku sering termimpi-mimpi main gitar. Lantas ibubapa ku yang bosan dengan permintaan ku, mula membeli gitar jenama ‘Fair Lady’ (ala-kapok) di Ampang Park… Continue reading
Episod 7 : Sekali Lagi (Siti Nordiana & Nubhan) – Sepet Gubra
Saya menemubual komposer muda Sepet (Fauzan), seorang ahli biologi yang mencipta lagu tanpa menggunakan sebarang instrumen. Berjaya juga meraih perhatian artis aliran utama dan meraih jutaan tontonan YouTube, Kredit Lagu Penyanyi : Siti Nordiana & Nubhan Pencipta Lagu : Sepet & Nana Alias Lirik : Sepet & Nana Alias 1 – Temubual di Spofity 2… Continue reading
Episod 6 : Tentang Dia (Ronnie Hussein) – Kai
Kai ditemubual kali kedua, kali ini dengan ‘karya agung’nya “Tentang Dia”, nyanyian bekas penyanyi Hyper Act, iaitu Ronnie Hussein. Kredit Lagu Lagu : K Lily Lirik : Rudy Hirwan Susunan : Kai & Oja 1 – Temubual di Spofity 2 – Temubual di YouTube 3 – Lagu di YouTube
Episod 5 : Ku Kan Pergi (Muadz Roslan) – Zainal Zulia / Muadz Roslan / Syahir (Hos)
Buat pertama kalinya, saya sendiri menjadi tetamu. Dihoskan oleh bos Longan Garage, Syahir Miswan bersama penyanyi lagu Ku Kan Pergi ini, Muadz Roslan, kami membincangkan pembikinan karya ini, disamping soalan bernas dari audiens. Dengarkan. Kredit Lagu Lagu / Lirik / Instrumentasi : Zainal ZuliaVokal : Muadz Roslan 1 – Temubual di Spotify 2 – Temubual… Continue reading
Rahsia Lagu Episod 4 : Ranjau Jiwa (Xema Suhaimi) – Shahir Yusof / Alfa Booty
Kali ini saya berborak dengan kawan seperjuangan Shahir mengenai lagu pertamanya yang diterbitkan pada 2013. Ditemani penyusun / pengadun / penerbit muzik ternama dan berpengalaman negara, Alfa Booty yang tak putus kongsikan pengalaman dan nasihat kepada komposer baru seperti kami. Kredit Lagu Producer : Shahir Yusof Music Arrangement : Alfa Booty Guitars : Nan Aznan… Continue reading
Episod 3 : Segalanya (Color Heart) – Afiq / Fidh
Saya mengenal Afiq sebagai gitaris / komposer dalam band metal Perimeter Breach, kali ini beliau muncul dengan lagu yang lebih ringkas bersama Fidh sebagai penyanyi dan pencipta lagu ini. Seronok dapat berkongsi cerita dengan mereka. Dengarkan. Kredit Music by : Color Heart Produced : Afiq PB Mixed by : JD Wong Recorded at : Studio… Continue reading
Episod 2 : Calar (Ilham Ibrahim) – Aliyas/Ilham/Syahir
Kini saya menemubual sahabat lama Aliyas (komposer) dan Syahir (jurutera muzik), bersama pendatang baru Ilham (dipanggil Alam). Mereka menerangkan bagaimana karya ini dihasilkan ; hasil permintaan ibu Alam yang ingin anaknya punyai single sendiri, bagaimana lirik tercetus, bagaimana Aliyas memberikan 3 demo sebelum diluluskan. Dengarkan juga pertanyaan daripada penonton. Kredit Lagu Title: Calar Artist: Ilham… Continue reading
SOP : Ajak Tetamu ke Temubual : Rahsia Lagu
1 – Pelawaan Salam XX. Saya ingin mempelawa tuan untuk menjadi tetamu untuk rancangan temubual Rahsia Lagu. Lagu: Tajuk dan PenyanyiPlatform : Riverside.fm (online)Masa Jumaat 11 Malam [30 – 60 minit] Tujuan : Membincangkan proses penciptaan, susunan, rakaman dan adunan dan rilisan lagu. Sampel : https://www.youtube.com/watch?v=tBnMyma3Dsc Soalan lazim: Mengapa gunakan Riverside.fm berbanding Zoom atau Google… Continue reading
EP1 Rahsia Lagu – Kata Terindah : Diera Radin (KAI/Rilham Shah)
Saya berpeluang menemubual Kai (Puncak Alam) dan Shahril (Saujana Utama). Diera tidak dapt sertai kerana tidak sihat kerana Covid (dia sudah menerima 2 dos vaksin). Kai menceritakan bagaimana dia mencipta lagu ini SEBELUM bertemu Diera lagi, dan lagu Purple Rain adalah inspirasinya. Kai juga memberikan judul lagu kepada Shahril untuk menulis lirik. Kai juga menceritakan… Continue reading