Post Image
By Zainal ZuliaJuly 19, 2021In Komuniti

Mengapa Teruskan Berkarya, Walaupun Tak Kemana?

Ini soalan amatur. Mereka yang mungkin tiada minat (passion) yang mendalam mungkin berasa apa gunanya membuat seni jika ‘tidak berpeluang ke mana’.

Apa definisi ‘ke mana’ ini?

Mungkin ia bermaksud menjadi artis popular, meraih jutaan peminat serta berpendapatan tinggi.

Selagi kita tak sampai sini, kita dikira ‘tidak berjaya’ sehinggalah kita sampai peringkat ini.

Jadi adakah ini bermaksud, kita semua berkarya untuk bertujuan menjadi popular dan kaya semata?

Persoalanan ini yang aku mahu kupaskan.

Kita berkarya untuk apa sebenarnya?

Entahlah, orang lain, lain jawapannya.

Untuk aku, kerana aku menggemari proses ‘flow’ ini, ia umpama terapi dan meditasi untuk minda ku. Berasa puas dan nikmat dalam berseni ini.

Mindaku berasa sihat, gembira dan tajam dalam melakukannya.

Umpama senaman minda. Makanan jiwa

Jika ia bisa beri impak yang besar sebegini, kenapa kita harus berhenti berkarya?

Kerana itu aku berpendapat mereka yang menanyakan soalan ‘perlukah kita berkarya jika tak kemana’ ini adalah golongan poyo, sekadar merasakan ada status dan kool dalam bermain muzik, tanpa minat mendalam.

Tapi, kita tetap mahukan audiens kan, walaupun kita buat untuk kepuasan diri semata?

Ini benar. Memang menjadi tanggungjawab pengkarya itu sendiri untuk mencari audiens mereka sendiri.

Ada yang dapat dengan mudah, ada yang masih payah untuk mencarinya.

Tapi ini poin penting ; pengkarya sejati akan tetap berkarya WALAUBAGAIMANA besar atau kecil audiens mereka.

Siapa yang ada audiens besar – akan terus berkarya.
Siapa yang ada audiens kecil – juga akan terus berkarya juga.

Mengapa?

Sila baca dari awal sekali lagi.

Pengalaman Saya Sendiri

Ada 2 kisah sebenar saya:

Kisah 1 : Ketika awal 2000, saya baru masuk alam pekerjaan sebagai juruaudit di firma antarabangsa. Saya buat keputusan untuk akhirnya menjadi dewasa yang bertanggungjawab; berhenti berseni muzik dan mula membina karier sebenar.

7 bulan kemudian saya dimasukkan ke wad ICU, kerana sudah 4 minggu mendapat radang peparu tanpa rawatan menjadi bisul di peparu saya.

Doktor sendiri pun bingung bagaimana saya mendapat sakit ini, lainlah jika saya bekerja di kilang kayu yang penuh habuk.

Kini baru saya mengerti, selain saya sangat tidak menyukai kerjaya ini, saya hentikan aktiviti seni yang sudah sebati dengan saya sejak zaman remaja lagi.

Adakah kerana saya berhenti berkarya?

Saya tak pasti juga. Tapi tak berapa selepas setelah sihatitu, saya berhenti kerja dan mula kembali bekarya tanpa henti sehinggalah kini.

Alhamdulillah setakat hari ini, saya tidak lagi sakit seberat itu lagi. Harap ia takkan kembali lagi.

Kisah 2 : Pada 2012, saya kembali konsisten membina lagu.

Walaupun tanpa halatuju. Selepas muat-naik beberapa lagu, saya mendapat idea ; boleh buat ujibakat nyanyian ini.

Beginilah Sajakiri Vokal terhasil ; hampir 3,000 pendaftar, ratusan komuniti, puluhan beserta dan beberapa pemenang single.

Kini saya telah hentikan SV ini pada 2020 untuk menumpukan bisnes tuisyen online saya.

Tapi saya masih tidak berhenti berkarya.

Pengalaman menganjurkan SV adalah kenangan terindah kerana dapat mengenal ramai peminat muzik secara personal di seluruh negara.

Nampak tak keberkatan kita berkarya secara konsisten dan sistematik dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa.

Bagaimana berkarya dengan sistematik dan konsisten?

Ini nanti saya cuba jawab dalam kont3n lain.

Bagaimana dengan anda, adakah ada masih berkarya?

Ceritakan juga pengalaman anda.

svgHijrah 2023 : IPOH?
svg
svgBagaimana Anda Mula Mencipta Lagu?

2 Comments

  • M. Syuib

    July 24, 2021 at 5:38 am

    Saya percayakan kerjaya abg zainal sejak 1st join lagu kt smule sajakiri,walaupin xde dh sv event, always dgr lagu sajakiri n sajakiri jugklh yg bntu utk sy latih vokal,teruslh bekarya abg zainal. Moga dipermudahkn segala urusan oleh-Nya

    svgReply
    • Zainal Zulia

      July 27, 2021 at 12:05 pm

      wah tuan Syuib, memang penyokong Sajakiri sejak dulu lagi. Terimakasih.

      svgReply

Leave a reply