Ilham Lagu : Bidara Tak Berduri
Aku mencipta lagu ini sekitar akhir tahun 2016, ketika pertandingan SajakiriVokal sedang rancak berlangsung. Aku sedar ramai peserta menyukai lagu berselerakan pop melayu (Am-Dm-G-C) ; jadi aku mengambil inisiatif mengambil formula sama.
Mungkin juga kerana sambutan hangat untuk lagu “Cinta Dua Dunia” (Tiada Lagi Besok versi Rayme Zainal), aku sekali lagi menggunakan khidmat penulis rilik dan juga sahabat bernama Rilham Shah, dimana penulisannya lebih berpuitis dan kena dengan lagu sebegini, berbanding penulisan aku yang lebih keras mungkin.
Lagu ini juga dimenangi dengan mudah oleh penyanyi muda, Eiz Fareiz, yang ketika ini berusia 19 tahun, masih belajar kejuruteraan di Uniten, Bangi.
Pengaruh : Mungkin juga ada pengaruh Gary Moore dengan lagu Parisienne Walkways tak silap, entahlah aku pun tak pasti.
Kesemua instrumen dimainkan oleh aku, dan muzik diadun oleh JD.
Bahagian solonya, tak silap aku menulisnya pada awal 2000 lagi, untuk lagu instrumental kibod ku dulu. Elok pula masuk di sini.
Trivia : permainan piano ku yang tidak kemas, dan JD ada meminta ku memainkan kembali. Tapi aku berasa permainan aku memang lebih kemas, tapi kurang feel kerana hanya menggunakan kibod midi. Yang asal, aku mainkan dengan piano elektik yang berat kekunci nya.
Ini tiada di kibod midi tersebut, menjadikan bunyi lebih ringan.