All posts by Zainal Zulia

Pembacaan Kindle

Aku sebenarnya tak berapa minat membaca Kindle ini. Dah beli Kindle Paper White terpakai pada tahun 2018 dulu, dengan harga RM 260 sahaja. Tapi aku simpan saja dalam laci. Aku tak gemar kerana i) aku berasakan harga ebukunya, murah sedikit saja berbanding buku sebenar, serta ii) aku ingin punyai perpustakaan dengan mengumpul buku di dalam…

Read More

Terimakasih kerana Masih Berminat

Tahniah! Anda adalah 100 daripada 2,000 orang yang membalas email ini. Ini hanyalah 5% daripada jumlah populasi! Kebanyakkan daripada pendaftar ini adalah mereka yang berminat dengan ujibakat vokal terutamanya. Kini saya mahu keluar dari kepompong itu. Saya mahu tanya anda 2 soalan: ① Adakah anda punyai karya lagu original yang sudah diterbitkan dalam pengedaran digital…

Read More

Komen Lagu Original

Sepertimana aku tulis dalam entri blog sebelum ini, aku tiada apa-apa obligasi kewangan untuk Projek Sajakiri ini kan, tapi aku masih berminat untuk melakukan aktiviti bermanfaat kepada masyarat. Apa dia ya? Aku tak berminat menulis mengenai tips produksi muzik secara teknikal, kerana aku sendiri bukanlah seorang yang terlalu teknikal. Tengoklah cogan kata Sajakiri itu sendiri….

Read More

Sajakiri : Band atau Penampilan (featuring)?

Aku ada menemukan seorang penyanyi lelaki yang sesuai untuk dijadikan penyanyi utama untuk segala projek lagu ciptaanku. Dia bukan saja penyanyi lunak dan berpengalaman, malahan punyai studio rumah yang memudahkan rakaman vokal, jadi aku tak perlu bersusah payah membawanya ke studio rakaman. Jadi atas asbab di atas inilah yang membuatkan aku ambil dia terus jadi…

Read More

Simpanan Awan : IceDrive

Kini aku sedang dalam proses muat-naik segala data rakaman dari PC lama ke perisian awan (cloud storage) ICEDRIVE yang berpengkalan di UK. Aku mengambil pakej 1 Terabit (TB), dengan bayaran hanya RM 20 sebulan. Ini kerana jumlah data simpanan aku berjumlah hampir 600 Gigabit (GB) ; dimana 80% adalah data muzik sahaja. Terfikir juga untuk…

Read More

Tiada Obligasi

Alhamdulillah, kini aku tiada punyai obligasi kewangan untuk Projek Sajakiri ini. Tidak seperti sebelum ini, aku puas memerah kepala bagaimana untuk menjana pendapatan daripada projek ini. Yang tak seronoknya, kini Sajakiri seolah-olah tiada haluan ; tidak seperti sebelum ini, dimana aku menganjurkan ujibakat serta membina kelas vokal. Aku kini hanya berminat untuk berkarya mengikut kata…

Read More

Evolusi Seterusnya

Aku dengan tidak sengaja termansuh kan (DELETE) laman web sebelum ini (sajakiri.com/vokal) ketika mahu membina subdomain baru, iaitu band.sajakiri.com. Fail itu ada disimpan di Dropbox (menggunakan aplikasi Updraft), tapi untuk memuat-naik kembali, agak renyah juga. Alang-alang, aku mengambil keputusan untuk membina dari bawah laman web ini, menggunakan tema WordPress ‘Read’. Aku sukakan tema minimalis ini,…

Read More