Post Image
By Zainal ZuliaMay 30, 2021In Peribadi

Simpanan Awan : IceDrive

Kini aku sedang dalam proses muat-naik segala data rakaman dari PC lama ke perisian awan (cloud storage) ICEDRIVE yang berpengkalan di UK.

Aku mengambil pakej 1 Terabit (TB), dengan bayaran hanya RM 20 sebulan.

Ini kerana jumlah data simpanan aku berjumlah hampir 600 Gigabit (GB) ; dimana 80% adalah data muzik sahaja.

Terfikir juga untuk menggunakan cakera keras (hard disk) fizikal sahaja, tapi mengenangkan yang i) aku mahu bekerja
bebas bergerak (mobile), serta ii) juga mahu tukar komputer baru, dan terakhir sekali iii) khuatir jika cakera keras itu rosak ataupun hilang.

Jadi di atas sebab ini aku gunakan simpanan awan.

Banyak trek-trek lagu ku, akan diubah-suai kerana mahu menaiktaraf ke penerbitan rasmi, daripada sekadar demo.

Jadi aku akan menggunakan khidmat sahabatku JD untuk mengadun (mixing) karya ini.

svgTiada Obligasi
svg
svgSajakiri : Band atau Penampilan (featuring)?

Leave a reply