Sepertimana aku tulis dalam entri blog sebelum ini, aku tiada apa-apa obligasi kewangan untuk Projek Sajakiri ini kan, tapi aku masih berminat untuk melakukan aktiviti bermanfaat kepada masyarat.

Apa dia ya?

Aku tak berminat menulis mengenai tips produksi muzik secara teknikal, kerana aku sendiri bukanlah seorang yang terlalu teknikal. Tengoklah cogan kata Sajakiri itu sendiri.

Apa yang aku berminat, adalah memberi reaksi (bukan video, tapi menulis) untuk lagu original pengkarya lain, daripada selera dan perspektif aku.

Selain gemar untuk mendengar muzik baru, aku juga ingin menjalin hubungan juga dengan mereka ini. Rakan seperjuangan katanya.

Syaratnya?

Harus ada rilisan digital di Spotify ataupun Apple Music.

Nanti aku siapkan barang pendaftaran. Siapa berminat?