Sajakiri : Band atau Penampilan (featuring)?
Aku ada menemukan seorang penyanyi lelaki yang sesuai untuk dijadikan penyanyi utama untuk segala projek lagu ciptaanku.
Dia bukan saja penyanyi lunak dan berpengalaman, malahan punyai studio rumah yang memudahkan rakaman vokal, jadi aku tak perlu bersusah payah membawanya ke studio rakaman.
Jadi atas asbab di atas inilah yang membuatkan aku ambil dia terus jadi penyanyi band Sajakiri (nanti aku umumkan namanya).
Cuma sebagai pencipta lagu yang banyak mencipta lagu (prolifik namanya), ada rasa juga tidak mahu terikat dengan mana-mana penyanyi, biarkan aku terus bebas memilih mana-mana penyanyi mengikut cita-rasa ku.
Jadi, mana satu ya?
SajaKiri Band ataupun penampilan sahaja?