Post Image
By Zainal ZuliaJanuary 4, 2022In Peribadi

Gitar Pertama

Abah aku membelikan gitar akustik pertama pada tahun 1991 – ketika aku berusia 12 tahun.

Abah membelikan gitar berjenama ‘Fair Lady’, berharga RM 120 di pusat membeli belah Ampang Park (kini telah diruntuhkan).

Seingat aku, aku pernah (ataupun sering?) bermimpi bermain gitar.

Malahan aku pernah ada sebatang kayu (daripada katil kayu), aku lukiskan tali, dan letakkan penyedut minuman (straw) sebagai tremolo (kupanggil gear tika itu).

Daripada memori mak aku pula, dia bosan kerana aku kerap mendesak belikan gitar (aku tak berani minta terus dengan abah).

Aku tak ingat pula aku ada mendesak – boleh jadi mak aku sendiri mengalakkan.

Aku ingat – sebulan selepas gitar itu dibeli, aku sudah boleh main : setakat kord asas lagu rock kapak.

Ayah saudaraku, Uda Syam banyak mengajar asas.

Tika ini dia menemukan dengan idola gitaris kidal pertama – Joe Wings (zaman Hukum Karma).

Aku ingat juga, kedua-dua ibubapaku ada meminta aku mula main dengan tugas betul – tangan kanan.

Aku cuba juga – tapi tak berasa seronok. Bila mereka berlalu, aku kembali bermain kidal.

Inilah serba ringkas kisah gitar pertama ku.

Apakah instrumen pertama anda?

svgBagaimana Anda Mula Mencipta Lagu?
svg
svgBagaimana mencari ilham untuk mencipta lagu?

2 Comments

  • Ogik

    January 5, 2022 at 9:24 am

    Instrument pertama Ogik serunai daun kelapa .seingat Ogik itulah instrument pertama ayah Ogik bg waktu Ogik kecil. Next lepas tue seruling ketika tue sekolah rendah suruh beli . Naik sekolah menengah no TV full dgn kelas dan ogik habiskan waktu membuat origami ketika kelapangan. When masuk university ogik ada belajar sentuh gitar but petik is zero x pandai sangat rasanya muzik happy birthday lepas hahahaa

    svgReply

Leave a reply