Post Image
By Zainal ZuliaJune 16, 2021In Peribadi

Pembacaan Kindle

Aku sebenarnya tak berapa minat membaca Kindle ini. Dah beli Kindle Paper White terpakai pada tahun 2018 dulu, dengan harga RM 260 sahaja. Tapi aku simpan saja dalam laci.

Aku tak gemar kerana i) aku berasakan harga ebukunya, murah sedikit saja berbanding buku sebenar, serta ii) aku ingin punyai perpustakaan dengan mengumpul buku di dalam rumah.

Tetapi kini aku merubah fikiran.

Ini terjadi ketika aku meluaskan pembacaan ku, keluar daripada buku bisnes, psikologi dan pengurusan. Kini aku mula
berminat dengan buku sains, terutama biologi.

Banyak perkataan baru aku tak biasa ; perbendaharaan kata aku tidak luas.

1) Dengan adanya fungsi kamus ini di Kindle, menjadi pembacaan mendalam dan menyeronokkan.

2) Cepat Sampai!

Biasa aku beli secara online dari laman Book Depository yang berpengkalan di UK, dimana ia mengambil masa sehingga 6 – 7 minggu untuk sampai.

Dengan Kindle ini, hanya mengambil masa 10 saat saja untuk dimuat-turun ; 400,000 ganda lebih laju!

3) Menjimatkan Ruang : perpustakaan kecil di rumahku hampir penuh. Aku bukanlah mahu berhenti terus membeli buku, cuma aku lebih memilih untuk membeli buku yang ku rasakan berbaloi diulang berkali-kali.

Ini akan membuatkan perpustakaan ku lebih padat dengan buku kegemaranku semata.

Jadi inilah sebabnya aku mahu menukar pembacaan ku ke Kindle.

Aku sudah pun memiliki Kindle Paper White terpakai, jadi boleh pakai ini saja, tak perlu beli baru lagi.

Adakah anda minat membaca?

svgTerimakasih kerana Masih Berminat
svg
svgSonarWork Reference 4

Leave a reply