Tiada Obligasi

Alhamdulillah, kini aku tiada punyai obligasi kewangan untuk Projek Sajakiri ini. Tidak seperti sebelum ini, aku puas memerah kepala bagaimana untuk menjana pendapatan daripada projek ini.

Yang tak seronoknya, kini Sajakiri seolah-olah tiada haluan ; tidak seperti sebelum ini, dimana aku menganjurkan ujibakat serta membina kelas vokal.

Aku kini hanya berminat untuk berkarya mengikut kata hati sepenuhnya, tanpa ada kekangan.

Semestinya, ini memerlukan modal dan masa (insyallah boleh diadakan).

Tapi isu sebenar adalah: dimana aku boleh cari pendengar?

Apa guna jika kita memasak sehabis baik, tapi tiada siapa pun nak makan?

Ini masalah untuk hari lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *